HADAPAN
ABOUT
PENA
NILAI IMAN
FIQH
RENUNGAN
NUKILKAN

Permulaan Bicara

Assalamuallaikum, salam sejahtera buat semua yang teringin untuk melayari. Bagi yang simpati untuk masuk silakan rumah terbuka, layan diri. Juga jangan lupa jika ada silap salah silalah komen. Sekian Wasalam.

Thursday, March 13, 2008

Perundangan Islam

Perundangan Islam merupakan perundangan yang berlandaskan dua sumber asas yaitu Al-Quran dan Sunnah. Kemudian datang kaedah untuk mengeluarkan hukum yang dinamakan sebagai Al-Qias yang bersumberkan kedua-dua sumber asas tersebut.

Seterusnya berlakulah persepakatan diantara ahli khusus, yang bermaksud ahli yang mempunyai pengetahuan serta pengamatan yang tinggi di dalam masalah hukum, membincangkan permasalahan Fekah di dalam satu persepakatan yang dinamakan Ijma'.

Berhimpun para Sahabat Rasul ataupun ahli-ahli Fiqh semata-mata mencari dalil atau kata putus tentang sesuatu masalah yang kurang jelas mengenai hukum. Seterusnya berkembanglah ilmu Fiqh ini sehinggakan adanya Mazhab.

Perundangan ini bukan sahaja terhenti malah berterusan sehingga hari ini bahkan banyak masalah baru timbul sehingga perlu para alim ulama' pada hari ini berhimpun untuk membincangkannya. Masalah ini dibukukan di dalam Qadhaya Fiqh Al-Muasarah (Masalah-masalah Fekah yang terkini).

0 Komen:

 


HarakahDaily

MyMKKK

AL-MuttaqinTV

Bernama


 

Terima Kasih Kerana Melayari Laman Ini