HADAPAN
ABOUT
PENA
NILAI IMAN
FIQH
RENUNGAN
NUKILKAN

Permulaan Bicara

Assalamuallaikum, salam sejahtera buat semua yang teringin untuk melayari. Bagi yang simpati untuk masuk silakan rumah terbuka, layan diri. Juga jangan lupa jika ada silap salah silalah komen. Sekian Wasalam.

Saturday, October 18, 2008

Sifat orang-orang yang beriman

1. Apabila diberi peringatan atau diingatkan dengan ayat Allah maka mereka sujud (patuh) taat kepadaNya.

2. Mereka mengucap tasbih dan memuji Allah serta bersyukur kepada Allah.

3. Orang yang beriman bukan dikalangan orang yang sombong.

4. Renggang lambung mereka daripada tempat tidur apabila di malam hari.

5. Mereka selalu berdoa kepada Allah dengan rasa rendah diri dan meninggikan harapan kerana takut dan bimbangkan diri mereka terjatuh di dalam lembah maksiat.

6. Apa sahaja rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka (iaitu orang yang beriman) itulah yang akan mereka belanjakan serta usahakan.


Lagi...

Blog

Sudah lama aku tidak menggilakan blog. Suasana menjadi suram akibat peperiksaan sudah pergi. Sekarang hampir tiba pula, kalau orang arab kata 'saya'ti imtihan'. Waktu untuk menggila segala-galanya.

Aku menjadi hairan kenapa sebegitu. Banyak perkara yang luar dari kebiasaan aku cergas untuk melakukannya. Peperiksaan, tekanannya cukup halus. Tidak dapat dirasai walaupun sejauh dua bulan. Tetapi apabila hampir, apa lagi seluruh badan menjadi tidak keruan. Macam-macam boleh buat.

Terutamanya soal blog ini. Terbina blog ini kerana di dalam pelukan peperiksaan. Banyak lagi perkara gila menjadi waktu ini. Perkara yang tidak pernah menjadi kebiasaan, sekarang seolah-olah telah lama berkecimpung di dalamnya.

Sekadar coretan keyboard yang tidak seberapa. Aku perlu mengejar kejayaan daripada kebanggaan. Selamat berjuang untuk semua. Ingat apa matlamat asalmu ke Bumi Anbia' ini.


Lagi...

Wednesday, May 7, 2008

Ketehuilah

بسم الله الرحمن الرحيم

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : " ذاق طعم الإيمان من رضى بالله ربا, وبالإسلام دينا, وبمحمد نبيا" .


Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : Adalah merasai kemanisan Iman bagi barangsiapa yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama, dan Muhammad sebagai Nabi.

Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim, dan Imam At-Tarmizi daripada Saidina Al-Abbas bin Abdul Muttalib. رضى الله عنه


وقال عليه الصلاة والسلام : " من قال حين يصبح وحين يمسى ثلاث مرات : رضيت بالله ربا, وبالإسلام دينا, وبمحمد نبيا, كان حقا على الله أن يرضيه"



Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : Barangsiapa yang mengucapkan ketika waktu pagi dan petang tiga kali : Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai Agamaku, Muhammad sebagai Nabiku, maka adalah Allah berhak redha ke atasnya.

Hadis riwayat Imam At-Tarmizi , Imam Abu Daud, Imam An-Nasai, Imam Al-Hakim dengan sanad yang baik. Manakala Imam An-Nawawi menyebutnya dalam kitab Al-Azkar.


Ketahui wahai para teman, sekiranya kita redha Allah sebagai Tuhan, wajiblah kita redha akan ketentuan dan ketetapan yang Allah bentangkan untuk kita redahi, bersenang hati dengan rezeki yang dikurniakan dan merasa cukup serta bersederhana. Bersiap siaga untuk melakukan sebarang arahan. Taat setia dalam melakukan kefardhuan. Menjauhi sejauh-jauhnya perkara yang haram. Menjana kesabaran dalam setiap bala yang menimpa serta menempuh rintangan yang mendatang. Bersyukur sepenuh jiwa raga dengan segala nikmat pemberian Allah. Merasa rindu dan kasih untuk bertemu denganNYA. Mendalami dan menyelami rahsia Al-Quran Kalamullah. Senantiasa mendambakan redhaNYA. Redha Allah sebagai Wakil, Wali, dan Penjaga. Ikhlas dalam setiap amalan ibadat kepadaNYA. Dan hanya kepada Allah kita berlindung dan memohon pertolongan.

Ketahuilah wahai teman, sekiranya kita juga redha Islam sebagai Agama, maka hormati dan besarkanlah Syiarnya, taat dan amalkan segala hukum-hakam yang telah dinobatkan menjadi aqidah dan pegangan umatnya. Bercita-cita dan berusaha keras membentenginya dalam usaha menjaga dan memelihara maruah kemuliaannya dari dicalari oleh tangan-tangan yang kotor jijik serta hina dina. Disamping merasa gerun dan takut menyalahi ketetapannya. Kehormatan dan kemuliaan yang menjulang tinggi bagi para umatnya serta merasa marah dan geram bagi yang berpaling tadah setelah datang kebenaran pada mereka.

Dan ketahuilah wahai teman, sekiranya kita juga redha Nabi Muhammad

صلى الله عليه وآله وسلم sebagai Nabi dan Rasul, maka cintailah Baginda

صلى الله عليه وآله وسلم sepenuh hati, turutilah petunjuk dan hidayah yang dibawa, selusurilah jalan syariat dan berpeganglah dengan Sunnah yang suci murni serta memelihara hak-hak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم . Selawat dan salam diperbanyakkan. Kaum kerabat Ahli Bait yang suci dan para Sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia dicintai, disayangi, diredhai dan dihormati serta umat Baginda disenangi malah disayangi.

Maka hendaklah kita berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala tuntutan yang terpundak di atas bahu kita. Tidak hanya menang bersuara tapi kalah tersungkur dalam mengamalkan dan mengadaptasikanya di dalam kehidupan. Maka bersungguh-sungguh dalam perjalanan menuju Allah.

Sumber Rujukan: النصائح الدينية والوصايا الإيمانية

Olahan: Penuntut Ilmu




Lagi...

Monday, April 28, 2008

Jual Beli

Takrif

1.Bahasa: Memindahkan hakmilik seseorang terhadap barang dengan akad tukar ganti.

2.Syara':

Ditakrifkan dengan banyak takrifan yang pelbagai, di antara takrif yang terbaik seperti ditakrifkan oleh Sheikh Qalyubi di dalam kitabnya:

Akad tukar milik harta yang memberi faedah kepada sesiapa yang memiliki barang ataupun mengambil sesuatu manfaat daripada pemilik asal (seperti sewa-menyewa) tetapi tidak termasuk di dalam akad ini seperti hadiah, sedekah dan seumpamanya.

Hujah dan asal rujuan bagi hukum jual beli:

Al - Qur'an, Hadis dan kesepaktan ulamak.

Al-Qur'an:

Firman Allah S.W.T :

(وأحل الله البيع وحرم الربا)

Mafhumnya: Allah SWT telah menhalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

As-Sunnah:

Bersabda Rasulullah SAW:

(إنما البيع عن تراض)

Maksudnya: Sesungguhnya jual beli itu dipersetujui atau diredhai.


Rukun-rukun Jual Beli:

1. Akad iaitu lafaz penjual dan pembeli.
2. Penjual dan Pembeli.
3. Barangan serta nilaian harga.


Lagi...
 


HarakahDaily

MyMKKK

AL-MuttaqinTV

Bernama


 

Terima Kasih Kerana Melayari Laman Ini